CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

ABOUT US

AKN Family Chalet ini telah siap sepenuhnya pada awal bulan Jun 2010. Chalet ini diasaskan oleh kedua ibubapa saya iaitu Hj. Kahar & Hjh. Norliah.

Kedudukan AKN Chalet ini amat strategik terletak di Pantai Puteri, Melaka memberikan ketenangan kepada para pengunjung dari segenap negeri di Malaysia.

Di Pantai Puteri, Melaka ini terkenal dengan menu 'Roti John' original yang terdapat di beberapa buah restoran yang berhampiran dengan AKN Chalet. Selain itu pelbagai masakan Melayu Melaka boleh dibeli dengan mudah.

Perjalanan ke pusat Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah hanya mengambil masa lebih kurang 20minit sahaja dari penginapan AKN Chalet. Secara tidak langsung memudahkan anda untuk pergi ke destinasi pelancongan yang lain di Melaka dengan mudah dan sempurna.

Saya dengan ikhlas hati membina blog ini untuk mempromosikan chalet milik keluarga kepada pelayar online.

Untuk memudahkan urusan, boleh menghubungi ayah dan adik saya seperti berikut:
**Hj. Kahar** & **Mohd Ihsan**
012-2625010       017-8479371